Kumpulan Artikel Berbagai Kategori

Senin, 25 November 2013

Ayo Ukur Kadar Lemak Tubuh Anda

“A” dan “B” adalah dua orang sahabat yang mempunyai ketinggian dan berat badan yang sama. Kedua-dua mereka telah berjaya menghilangkan 5kg dalam tempoh yang sama. Walau bagaimana pun badan A telah bertambah gemuk, dan telah bertambah 20% lemak. Manakala B telah hilang lemak dengan cara yang sihat sebanyak 20%.


Body Composition Monitor
Body Composition Monitor
Berat Badan dan Lemak
Tahukah anda, kehilangan berat badan tidak semestinya bermaksud lemak telah berkurangan di dalam badan? Dan tahukah anda, kehilangan berat badan dengan mengamalkan diet yang tidak sihat seperti “crash diet” boleh menyebabkan badan kehilangan tisu otot dan akan menyebabkan penambahan berat badan. Ini lah yang telah terjadi kepada si A.

Lemak
Adalah penting untuk mengetahui jenis lemak di dalam badan ( daripada berapa berat badan) kerana kerana lebihan lemak adalah berbahaya kepada kesihatan dan akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolesterol, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Dengan memantau peratusan lemak di dalam badan, risiko untuk mendapat penyakit kronik akan berkurangan. 

Bagaimana?
Untuk mengukur jenis dan kandungan lemak (di dalam badan) dengan cara tradisional adalah rumit, mahal dan memakan masa. Kebiasannya ia memerlukan kemudahan perubatan yang canggih, dan tidak boleh diperolehi sebagai ujian pemeriksaan kesihatan harian. Tetapi dengan teknologi Bioelectrical Impedance Analysis (BIA), komposisi lemak boleh di ukur dengan mudah dan cepat.
Teknologi BIA boleh membuat analisa tentang komposisi badan dengan menggunakan isyarat elektrik rendah yang dihantar ke sistem badan melalui “footpads” yang terdapat pada alat pengukur yang dipanggil Body Composition Monitor. Isyarat elektrik rendah yang di hantar akan melalui tisu otot, lemak dan cecair di dalam badan, akan memberi bacaan komposisi badan yang tepat. Anda hanya perlu berdiri di atas Body Composition Monitor untuk beberapa saat untuk mendapatkan bacaan.
Selain lemak, anda boleh mengukur komposisi badan lain: 
1. % lemak luar
2. % air dalam badan
3. Muscle Mass (Jisim otot)
4. Metabolic Age (Umur Metabolik)
5. Bone Mass (Jisim tulang)
6. Visceral Fat (Lemak Viseral)

0 komentar: